side

Terma & Syarat

Bahan pada laman Web ("Laman") ini disediakan oleh IT Corporate Information Hub. ("IT Corporate Information Hub") sebagai perkhidmatan kepada penggunanya dan boleh digunakan untuk tujuan maklumat sahaja tertakluk kepada peruntukan di bawah. Dengan memuat turun apa-apa bahan daripada atau sebaliknya menggunakan Laman ini, anda sebagai pengguna ("anda") bersetuju dengan terma dan syarat ini ("Perjanjian"). Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini, jangan guna Laman ini atau muat turun apa-apa bahan daripada Laman ini. Anda bersetuju bahawa Perjanjian ini (dan, jika anda pengguna yang telah mendaftar pada Laman ini ("Pengguna Berdaftar"), mana-mana peruntukan dalam proses pendaftaran) ialah pernyataan yang lengkap dan eksklusif antara IT Corporate Information Hub dengan anda, yang menggantikan apa-apa usul atau perjanjian terdahulu, sama ada secara lisan atau bertulis, dan apa-apa komunikasi lain antara anda dengan IT Corporate Information Hub yang berkaitan dengan perkara dalam Perjanjian ini.

IT Corporate Information Hub BOLEH MENGEMAS KINI PERJANJIAN INI PADA BILA-BILA MASA DENGAN MENGEMAS KINI SIARAN INI. ANDA HENDAKLAH MELAYARI HALAMAN INI DARI SEMASA KE SEMASA UNTUK MENYEMAK TERMA SEMASA PADA WAKTU ITU, OLEH SEBAB TERMA TERSEBUT MENGIKAT ANDA. PERUNTUKAN TERTENTU TERMA INI MUNGKIN DIGANTIKAN MELALUI NOTIS UNDANG-UNDANG YANG DINYATAKAN SECARA JELAS ATAU TERMA YANG BERTEMPAT PADA HALAMAN TERTENTU DALAM LAMAN INI.

AM:

Laman ini bertindak sebagai forum yang membolehkan anda menentukan kedudukan dan mengenal pasti vendor tertentu bagi perisian dan perkhidmatan ("Vendor"). IT Corporate Information Hub tidak mengawal masa atau kaedah mana-mana produk atau perkhidmatan ("Produk") Vendor dihantar kepada anda dan tidak menjamin penyempurnaan mana-mana transaksi. IT Corporate Information Hub boleh enggan menyediakan perkhidmatan di bawah Laman ini kepada sesiapa pun pada bila-bila masa, mengikut budi bicara tunggalnya.

MAKLUMAT TANDA DAGANGAN:

IT Corporate Information Hub® ialah tanda dagangan Headley Media Technology Division Ltd untuk perkhidmatan penilaiannya yang disediakan kepada para pakar dan profesional, khususnya, penyediaan perkhidmatan dalam talian yang membolehkan bakal pembeli tahu tentang produk dan perkhidmatan. Semua jenama, produk, perkhidmatan dan nama proses lain yang muncul pada Laman ini ialah tanda dagangan pemegang masing-masing. Tanda dagangan IT Corporate Information Hub boleh digunakan secara awam dengan kebenaran bertulis hanya daripada IT Corporate Information Hub sahaja. Penggunaan yang bersesuaian tanda dagangan IT Corporate Information Hub dalam iklan dan promosi produk IT Corporate Information Hub memerlukan pengakuan yang sewajarnya. Rujukan kepada atau penggunaan sesuatu produk, perkhidmatan, atau proses tidak membayangkan saranan, kelulusan, gabungan, atau penajaan produk, perkhidmatan, atau proses tersebut oleh IT Corporate Information Hub.

LESEN SATU SALINAN:

Melainkan diisyaratkan sebaliknya pada Laman ini, anda boleh memuat turun salinan terhad maklumat atau perisian ("Bahan") yang terdapat pada Laman ini untuk kegunaan bukan komersial peribadi sahaja, melainkan dilesenkan secara khusus untuk berbuat sebaliknya oleh IT Corporate Information Hub secara bertulis atau sebagaimana yang dibenarkan oleh mana-mana terma lesen yang dilampirkan atau disediakan bersama-sama Bahan individu. Ini ialah lesen, bukan pemindahan hak milik, dan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang berikut: anda tidak boleh: (a) menggunakan mana-mana proses automatik atau robot perisian untuk melihat, memuat turun, mencetak atau sebaliknya menggunakan kandungan daripada mana-mana laman IT Corporate Information Hub. (b) menggunakan mana-mana Laman atau Kandungan bagi tujuan meminta, mana-mana produk, penyelesaian, atau perkhidmatan, syarikat yang mempunyai penyenaraian atau kandungan termasuk dalam kandungan Laman ini, (c) mengubah suai Bahan atau menggunakannya untuk apa-apa tujuan komersial, atau mana-mana paparan, pelaksanaan, jualan atau sewaan awam, termasuk, tanpa had, menyiarkan Bahan pada mana-mana komputer rangkaian atau menyiarkannya dalam mana-mana media; (d) menyahkompilasi, melakukan rekayasa berbalik, atau merungkai Bahan perisian melainkan dan hanya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa; (e) mengalih keluar apa-apa hak cipta atau notis proprietari lain daripada Bahan; (f) memindahkan Bahan kepada individu lain. Anda bersetuju untuk mencegah apa-apa penyalinan Bahan tanpa izin. IT Corporate Information Hub memegang semua hak yang tidak diberi secara jelas dalam Perjanjian ini.

HAK MILIK BAHAN:

Laman ini dan Bahan-bahan yang ditempatkan padanya berhak cipta dan dilindungi dengan hak cipta, tanda dagangan,serta kemasan dagangan sedunia dan undang-undang harta intelektual lain serta peruntukan triti yang tidak boleh ditiru, dihasilkan semula, diubah suai, diterbitkan, dimuat naik, disiarkan, dihantar, atau diedarkan tanpa kebenaran daripada IT Corporate Information Hub terlebih dahulu. Melainkan sebagaimana yang diperuntukkan secara jelas dalam dokumen ini, IT Corporate Information Hub dan pembekalnya tidak memberi, melalui implikasi, estopel atau sebaliknya, apa-apa hak yang tersurat atau tersirat kepada anda di bawah apa-apa paten, hak cipta, tanda dagangan, atau maklumat rahsia perdagangan. Hak-hak lain boleh diberi kepada anda oleh IT Corporate Information Hub secara bertulis atau dimasukkan di tempat lain dalam Bahan ini.

KATA LALUAN:

Jika anda Pengguna Berdaftar, IT Corporate Information Hub akan mengeluarkan kepada anda kata laluan dan nombor pengenalan pengguna khusus untuk mengakses ruang tertentu dalam Laman ini. Anda bersetuju untuk tidak mendedahkan kata laluan dan nombor pengenalan pengguna yang dikeluarkan kepada anda kepada mana-mana pihak ketiga.

PENAMATAN AKSES:

Jika anda melanggar mana-mana terma dan syarat Perjanjian ini, IT Corporate Information Hub boleh, menurut budi bicara tunggalnya, (a) menggantung akses anda ke ruang tertentu dalam Laman ini atau (b) menamatkan akses anda ke ruang tertentu dalam Laman ini. Sama ada sesuatu pelanggaran mengakibatkan penggantungan atau penamatan, adalah bergantung kepada beberapa faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada, keseriusan pelanggaran, potensi mudarat kepada pengguna lain atau kepada IT Corporate Information Hub, dan sama ada pelanggaran ini berulangan atau dipulihkan atau tidak. Jika IT Corporate Information Hub menggantung atau menamatkan hak anda untuk mengakses atau menggunakan Laman IT Corporate Information Hub, maka, IT Corporate Information Hub hendaklah, memberi notis kepada anda tentang tindakan berkenaan dalam tempoh 24 jam. Setelah ditamatkan, anda akan serta-merta memusnahkan Bahan dan semua lesen dalam perjanjian ini adalah ditamatkan dengan serta-merta.

PENAFIAN:

LAMAN INI DAN MANA-MANA BAHAN DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA TERSEDIA" TANPA APA JUA JENIS WARANTI YANG TERSURAT MAHUPUN TERSIRAT. IT CORPORATE INFORMATION HUB DAN/ATAU PEMBEKALNYA MASING-MASING, ADALAH DENGAN INI MENAFIKAN WARANTI ATAU KEBOLEHDAGANGAN, TANPA PELANGGARAN, ATAU KESESUAIAN UNTUK APA-APA TUJUAN KHUSUS. DALAM APA JUA KEADAAN SEKALI PUN, IT CORPORATE INFORMATION HUB ATAU PEMBEKALNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK APA-APA GANTI RUGI KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU YANG TERHASIL ATAU APA JUA GANTI RUGI SEKALI PUN (TERMASUK, TANPA HAD, GANTI RUGI UNTUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT) YANG BERPUNCA DARIPADA PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN ATAU LAMAN INI, WALAUPUN IT CORPORATE INFORMATION HUB TELAH DIMAKLUMI TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI SEPERTI INI. DALAM APA JUA KEADAAN SEKALI PUN, IT CORPORATE INFORMATION HUB MAHUPUN MANA-MANA PEGAWAI, PENGARAH, PEKERJA ATAU EJENNYA, TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA UNTUK APA-APA KERUGIAN ATAU KECEDERAAN YANG BERPUNCA DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PERJANJIAN INI, TANPA MENGIRA BENTUK TUNTUTAN ATAU TINDAKAN, DALAM JUMLAH YANG MELEBIHI (A) JUMLAH BAYARAN YANG DIBUAT OLEH ANDA KEPADA SYARIKAT (JIKA ADA) ATAU (B) SATU RATUS DOLAR ($100.00).

Disebabkan sesetengah bidang kuasa melarang pengecualian atau pengehadan liabiliti untuk ganti rugi terhasil atau sampingan, pengehadan yang dinyatakan di atas mungkin tidak terpakai kepada anda. Tanpa mengehadkan perkara yang dinyatakan sebelum ini, anda hendaklah menyedari bahawa Bahan ini mungkin mengandungi ralat, peninggalan, ketaktepatan, atau maklumat yang sudah lapuk. IT Corporate Information Hub tidak membuat apa-apa representasi atau memberi apa-apa waranti tentang kesempurnaan, ketepatan, kecukupan, keterkinian, atau kewibawaan mana-mana Bahan ini, dan tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kekurangan daripada perkara yang dinyatakan sebelum ini.IT Corporate Information Hub tidak memberi apa-apa komitmen untuk mengemas kini Bahan ini.

PELEPASAN:

IT Corporate Information Hub bukan satu pihak dalam mana-mana interaksi sebenar antara Vendor dengan anda. Hasilnya, IT Corporate Information Hub tiada kawalan ke atas kualiti, keselamatan, atau kesahan Vendor atau perkhidmatan mereka di sisi undang-undang. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang dikendalikan melalui akaun anda dalam mengakses Laman ini. IT Corporate Information Hub tidak boleh dan tidak mengawal sama ada Vendor akan menyempurnakan perkhidmatan mereka atau obligasi lain atau tidak. Selain itu, tidak munasabah dari segi komersial untuk IT Corporate Information Hub menentusahkan Vendor-vendor ini, dan IT Corporate Information Hub tidak boleh dan tidak mengesahkan bahawa setiap Vendor sebenarnya siapa yang mereka dakwa. IT Corporate Information Hub menggalakkan anda supaya membangunkan amalan perniagaan yang selamat semasa menggunakan Internet. IT Corporate Information Hub turut menggalakkan supaya anda berkomunikasi secara langsung dengan Vendor daripada Laman Web untuk membantu anda menilai dengan siapa anda berurusan. Anda melepaskan IT Corporate Information Hub (dan ejen serta pekerjanya) daripada setiap jenis dan sifat dakwaan, tuntutan dan ganti rugi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ganti rugi sebenar, terhasil, khas, punitif, dan sampingan), yang diketahui dan tidak diketahui, disyaki dan tidak disyaki, yang didedahkan dan tidak didedahkan, yang berpunca daripada atau dalam apa jua cara sekali pun berkaitan dengan perhubungan anda dengan Vendor atau perkhidmatan yang disediakan oleh Vendor atau apa-apa tindakan atau peninggalan oleh mana-mana Vendor. Dalam apa jua keadaan sekali pun IT Corporate Information Hub tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa tindakan undang-undang yang dibawa terhadap anda oleh Vendor berkenaan.

PENYERAHAN PENGGUNA:

Apa-apa bahan, maklumat atau komunikasi lain yang anda hantar atau siar kepada Laman ini akan disifatkan sebagai tidak sulit dan bukan proprietari ("Komunikasi"). IT Corporate Information Hub tidak akan ada obligasi berhubung Komunikasi ini, dengan syarat, apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti diri hendaklah dikendalikan dalam cara yang ditetapkan di bawah. IT Corporate Information Hub dan lantikannya akan bebas untuk menyalin, mendedahkan, mengedar, menyertakan dan sebaliknya menggunakan Komunikasi dan semua data, imej, bunyi, teks dan perkara lain yang terkandung di dalamnya untuk apa-apa dan semua tujuan komersial dan bukan komersial, dengan syarat bahawa apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti diri hendaklah dikendalikan dalam cara yang ditetapkan di bawah. Anda dilarang daripada menyiarkan atau menghantar kepada atau daripada Laman ini apa-apa bahan yang melanggar undang-undang, mengancam, mencemar nama, memfitnah, lucah, pornografik, atau bahan lain yang melanggar mana-mana undang-undang atau mana-mana hak pihak ketiga.

PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG MENGENAL PASTI DIRI:

Maklumat yang mengenal pasti diri yang diserahkan oleh anda kepada IT Corporate Information Hub melalui borang pada Laman ini dikendalikan menurut Dasar Privasi IT Corporate Information Hub yang terdapat pada Laman ini. Anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Prviasi ini.

PAUTAN KE LAMAN-LAMAN LAIN:

Apa-apa pautan pada laman Web ini mungkin membolehkan anda meninggalkan Laman IT Corporate Information Hub dan pergi ke laman-laman Web lain. Laman-laman yang dipautkan bukan di bawah kawalan IT Corporate Information Hub, dan IT Corporate Information Hub tidak bertanggungjawab untuk kandungan, ketepatannya atau mana-mana aspek lain bagi mana-mana laman yang dipautkan atau mana-mana pautan yang terkandung dalam mana-mana laman yang dipautkan. IT Corporate Information Hub mempunyai hak untuk menamatkan mana-mana pautan atau program yang memautkan pada bila-bila masa. IT Corporate Information Hub tidak mengendors syarikat atau produk yang dipautkan olehnya, dan berhak untuk menyatakan hal ini pada Lamannya. Jika anda memutuskan untuk mengakses mana-mana laman pihak ketiga yang dipautkan ke Laman ini, anda melakukan hal ini atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

TANGGUNGAN KERUGIAN:

Anda adalah dengan ini bersetuju, atas perbelanjaan anda sendiri, untuk menanggung kerugian, mempertahankan dan memastikan IT Corporate Information Hub tidak dimudaratkan daripada dan terhadap apa-apa kerugian, kos, ganti rugi, liabiliti, atau perbelanjaan yang berpunca atau yang berkaitan dengan tuntutan, tindakan atau dakwaan mana-mana pihak yang dibawa terhadap IT Corporate Information Hub berdasarkan pada atau berkaitan dengan (a) pertikaian antara anda dengan Vendor tentang terma dan syarat sesuatu kontrak atau berkaitan dengan pembelian dan penjualan mana-mana barangan/perkhidmatan, (b) pelanggaran terma dan syarat Perjanjian ini oleh anda, atau (c) apa-apa tindakan anda atau Vendor yang melanggar mana-mana undang-undang, peraturan atau hak mana-mana pihak ketiga.

LAIN-LAIN:

IT Corporate Information Hub mengawal Laman ini daripada pejabatnya di Amerika Syarikat. IT Corporate Information Hub tidak membuat apa-apa representasi bahawa Bahan di Laman ini sesuai atau tersedia untuk digunakan di lokasi lain, dan akses kepada bahan ini daripada wilayah-wilayah yang mengharamkan bahan ini adalah dilarang. Individu yang memilih untuk mengakses Laman ini daripada lokasi lain berbuat demikian atas inisiatif mereka sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan yang berkuat kuasa. Anda tidak boleh menggunakan atau mengeksport Bahan yang melanggar undang-undang dan peraturan eksport A.S..

PERJANJIAN INI HENDAKLAH DITADBIR OLEH DAN DITAFSIRKAN BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG NEGERI NEW YORK TANPA MENGAMBIL KIRA PERATURAN UNDANG-UNDANG INI YANG MENTADBIR PERCANGGAHAN UNDANG-UNDANG. PIHAK-PIHAK BERSETUJU BAHAWA TEMPAT EKSKLUSIF UNTUK SEMUA TINDAKAN DAN PENIMBANGTARAAN YANG BERKAITAN DALAM APA JUA CARA SEKALI PUN DENGAN PERJANJIAN INI HENDAKLAH HANYA DI MAHKAMAH BIDANG KUASA WIBAWA PERSEKUTAN ATAU NEGERI YANG BERLOKASI DI BANDAR RAYA NEW YORK, NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT.

Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini atas apa jua sebab, diputuskan sebagai tidak dapat dikuatkuasakan atau tidak sah, maka Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan seolah-olah peruntukan seperti ini tidak terkandung dalam Perjanjian ini. Tiada tindakan yang berpunca daripada Perjanjian ini boleh dibawa oleh anda selepas terakru lebih daripada dua tahun dari tarikh kuasa tindakan. Anda tidak boleh menyerahkan hak Perjanjian ini atau mana-mana hak atau obligasinya tanpa persetujuan bertulis IT Corporate Information Hub, dan apa-apa percubaan penyerahan hak akan terbatal. Tertakluk kepada perkara yang dinyatakan sebelum ini, Perjanjian ini hendaklah memegang manfaat dan mengikat pewaris yang dibenarkan, wakil dan penerima serah hak yang sah di sisi undang-undang daripada pihak-pihak dalam perjanjian ini. Tanpa mengambil kira apa-apa yang lain yang bertentangan yang dinyatakan sebelum ini dalam perjanjian ini, perhubungan antara anda dengan IT Corporate Information Hub ialah perhubungan kontraktor bebas sahaja, dan tiada sesuatu pun dalam dokumen ini adalah ditafsirkan sebagai perkongsian, usaha sama, francais, pekerjaan, atau perhubungan agensi yang lain antara pihak-pihak berkenaan. Jika mana-mana peruntukan dalam perjanjian ini diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah bidang kuasa yang berwibawa, peruntukan berkenaan hendaklah tidak berkuat kuasa hanya setakat ketaksahan berkenaan, dan sehubungan dengan itu, peruntukan yang selebihnya dan semua peruntukan yang selebihnya dalam Perjanjian ini terus berkuat kuasa sepenuhnya. Bahan ini disediakan dengan "HAK TERHAD."