
Privasi & Kuki
Tarikh kuat kuasa: Ogos 2020
Pengenalan & Dasar Privasi
Dasar Privasi ini mentadbir cara Headley Media Technology Division Ltd (nombor syarikat 112774219) mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan maklumat yang dikumpulkan daripada pengguna (masing-masing, "Pengguna") laman web www.itcorporate.my ("Laman Web"). Dasar privasi ini terpakai bagi Laman Web ini dan semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Headley Media Technology Division Ltd.
Halaman ini memaklumkan anda tentang dasar kami berhubung pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan data peribadi apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami dan pilihan yang anda ada berkaitan dengan data tersebut.
Kami menggunakan data anda untuk menyediakan dan menambah baik Perkhidmatan ini. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi berlandaskan dasar ini. Melainkan ditakrifkan sebaliknya dalam Dasar Privasi ini, istilah yang digunakan dalam Dasar Privasi ini mempunyai maksud yang sama seperti dalam Terma dan Syarat kami, yang boleh diakses daripada www.itcorporate.my.
Headley Media Technology Division Ltd komited untuk melindungi & memelihara maklumat peribadi anda berlandaskan perundangan semasa dan GDPR. Headley Media Technology Division Ltd akan sentiasa memproses data peribadi anda secara bertanggungjawab dan secara selamat pada setiap masa. Maklumat peribadi yang telah diberi oleh pembaca membolehkan kami meningkatkan perkhidmatan kami dan menyediakan pemasaran, maklumat dan perkhidmatan yang paling sesuai untuk para pengguna. Kami akan memproses data ini di bawah kepentingan yang sah di sisi undang-undang berlandaskan GDPR. Pembaca boleh memilih untuk tidak menerima (opt out) apa-apa komunikasi pada masa hadapan dengan berhenti melanggan promosi e-mel atau melalui e-mel: dataprotection@headleymedia.com
Headley Media Technology Division komited untuk melindungi dan mengawal selamat maklumat peribadi anda menurut perundangan semasa Akta Privasi Pengguna California (CCPA) di mana berkenaan dan Peraturan Perlindungan Data Am(GDPR). Headley Media Technology Division Ltd mematuhi hak pengguna CCPA, iaitu
- hak untuk notis/makluman
- hak untuk akses
- hak untuk tidak menerima (opt out) (atau hak untuk menerima (opt in))
- hak untuk meminta penghapusan
- hak perkhidmatan dan harga sama rata
Headley Media Technology Division mematuhi prinsip POPIA, iaitu:
- akauntabiliti
- ketelusan
- keselamatan
- pengurangan data
- pengehadan tujuan
- hak subjek data
Headley Media Technology Division komited untuk melindungi dan mengawal selamat maklumat peribadi anda menurut perundangan semasa LGPD - Lei Geral de Proteção de Dados Pessoais.
Kepentingan yang Sah (di sisi undang-undang)
Headley Media Technology Division Ltd mengikut prinsip pengurangan data, sekali gus memastikan data peribadi yang dikumpulkan sentiasa dipastikan pada kadar minimum (Art.5). Data Peribadi yang kami proses terhad kepada Maklumat Kad Perniagaan pekerja korporat yang berkaitan secara langsung dengan pelaksanaan dan pembuatan keputusan teknologi. Penilaian yang meluas telah dilengkapkan, sekali gus memastikan data peribadi yang kami proses tidak mempengaruhi hak pembaca kami secara tidak seimbang. Kami mengamalkan ketelusan dengan memaklumkan semua pembaca kami secara jelas bahawa kami memproses data peribadi mereka, dan untuk tujuan apa kami memproses data ini (Art. 13 & 14). Kami akan berusaha memastikan data semua pembaca kami sentiasa terkini (Art.5).
Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke laman-laman lain yang bukan di bawah kendalian kami. Jika anda mengklik pada pautan pihak ketiga, anda akan dihalakan ke laman pihak ketiga tersebut. Kami menasihati anda dengan bersungguh-sungguh, supaya menyemak Dasar Privasi setiap laman yang anda layari. Kami telah cuba menyediakan pautan ke dasar privasi pihak ketiga di seluruh laman web kami, di mana yang boleh. Kami tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti untuk amalan privasi laman-laman web pihak ketiga ini dan penggunaan laman-laman web seperti ini oleh anda adalah atas risiko anda sendiri.
Bagaimana dan bila kami berkongsi data peribadi dengan penaja dan pihak ketiga
Headley Media Technology Division Ltd mungkin berkongsi data peribadi anda untuk menyampaikan kandungan dan perkhidmatan daripada laman-laman kami dan perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda, termasuklah kandungan yang ditaja.
Kandungan & Pihak Ketiga yang Ditaja
Headley Media Technology Division Ltd mengadakan usaha sama dengan penaja pihak ketiga untuk menyediakan pustaka kandungan yang besar kepada para pembaca kami, seperti kertas putih, video, kajian kes dan Webinar. Sebagai imbalan untuk akses kepada pustaka kami dan untuk memuat turun kandungan, kami mungkin meminta supaya anda memberi kepada kami data peribadi anda sebagai sebahagian daripada pendaftaran dan/atau pengemaskinian butiran anda yang sedia ada.
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Headley Media Technology Division Ltd mengikut prinsip pengurangan data, sekali gus memastikan data peribadi yang dikumpulkan sentiasa dipastikan pada kadar minimum (Art.5). Data Peribadi yang kami proses terhad kepada Maklumat Kad Perniagaan pekerja korporat yang berkaitan secara langsung dengan pelaksanaan dan pembuatan keputusan teknologi.
Kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk menghantar kepada anda tawaran yang anda minta atau membuat susulan tentang sumber yang telah dimuat turun dengan kandungan tambahan dan/atau sumber berkaitan dengan perkara yang anda telah pilih untuk minta. Selain hal ini, data peribadi anda mungkin dikongsi dengan penaja dan/atau penaja kandungan untuk berkomunikasi dengan anda tentang tawaran berkenaan, serta produk, kandungan atau perkhidmatan tambahan yang mungkin menarik minat anda.
Harap maklum bahawa sebaik sahaja data peribadi anda dikongsi dengan pihak ketiga/ penaja, dasar privasi mereka termasuk maklumat tentang kaedah penyisihan (opt out) pada masa hadapan, akan terpakai untuk data peribadi anda. Setakat yang boleh, kami telah cuba menyediakan pautan ke dasar privasi pihak ketiga di seluruh laman web kami. Kami tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti untuk amalan privasi penaja pihak ketiga seperti ini.
Selain itu, kami juga akan meminta persetujuan anda agar butiran anda diberi kepada penaja pihak ketiga dan/atau penaja pada waktu muat turun dibuat, sekali gus menawarkan kepada anda peluang untuk tidak menerima pilihan berkongsi butiran anda dan melindungi privasi anda.
Jenis Data yang Dikumpulkan oleh Headley Media Technology Division Ltd
Data Peribadi
Semasa menggunakan Perkhidmatan kami, kami mungkin meminta supaya anda memberi kepada kami maklumat tertentu yang boleh mengenal pasti diri anda yang boleh digunakan untuk menghubungi atau mengenal pasti anda ("Data Peribadi"). Maklumat yang boleh mengenal pasti diri mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
- Alamat e-mel
- Nama pertama dan nama keluarga
- Nombor telefon
- Alamat, Negeri, Wilayah, Poskod, Bandar
- Kuki
Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk menghubungi anda dengan surat berita, bahan pemasaran dan promosi serta maklumat lain yang mungkin menarik minat anda. Anda boleh memilih untuk tidak menerima apa-apa, atau kesemua komunikasi ini daripada kami dengan mengikut pautan berhenti melanggan atau arahan yang diberi dalam mana-mana e-mel yang kami kirim atau dengan menghubungi kami di dataprotection@headleymedia.com.
Privasi Kanak-kanak
Perkhidmatan kami tidak menangani sesiapa pun yang berumur bawah 18 tahun ("Kanak-kanak").
Kami tidak secara sengaja mengumpul maklumat yang boleh mengenal pasti diri daripada sesiapa pun yang berumur bawah 18 tahun. Jika anda ialah ibu, bapa atau penjaga dan anda menyedari bahawa Kanak-kanak jagaan anda telah memberi kepada kami Data Peribadi, sila hubungi kami. Jika kami menyedari bahawa kami telah mengumpulkan Data Peribadi daripada kanak-kanak tanpa pengesahan bahawa ibu bapa telah bersetuju tentang hal ini, kami mengambil langkah-langkah untuk mengalih keluar maklumat tersebut daripada pelayan kami.
Pembelian Data daripada Pihak Ketiga
Headley Media Technology Division Ltd kadangkala membeli senarai pemasaran daripada pembekal data pihak ketiga. Data ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Nama Pertama
- Nama Keluarga
- Alamat E-mel Perniagaan
- Alamat Pos Perniagaan
- Jawatan / Fungsi Tugas Perniagaan
Jika apa-apa pembelian data dibuat, anda mungkin mula menerima komunikasi e-mel dan telefon daripada Headley Media Technology Division Ltd berhubung sektor perniagaan / bidang perniagaan yang anda minati tanpa perlu menyediakan butiran anda kepada kami. Jika pada bila-bila masa anda tidak lagi mahukan maklumat terkini/ komunikasi ini, anda boleh memilih untuk tidak terima (opt out) / berhenti melanggan pada bila-bila masa atau hantarkan e-mel kepada dataprotection@headleymedia.com. Kami juga menyimpan rekod yang jelas tentang semua pembekal data ini.
Pemindahan Data
Maklumat anda, termasuk Data Peribadi, mungkin dipindahkan ke — dan di simpan pada — komputer yang terletak di luar negeri, wilayah, negara atau bidang kuasa kerajaan lain, di mana undang-undang perlindungan datanya mungkin berbeza daripada yang terdapat dalam bidang kuasa anda.
Jika anda bertempat di luar United Kingdom dan memilih untuk memberi maklumat kepada kami, harap maklum bahawa kami memindahkan data ini, termasuk Data Peribadi, ke United Kingdom dan memproses data ini di sana.
Persetujuan anda kepada Dasar Privasi ini diikuti penyerahan maklumat seperti ini oleh anda mewakili persetujuan anda untuk pemindahan tersebut.
Headley Media Technology Division Ltd akan mengambil segala langkah-langkah munasabah yang diperlukan bagi memastikan data anda dikendalikan secara selamat dan berlandaskan Dasar Privasi ini dan tiada pemindahan Data Peribadi anda akan dilakukan ke mana-mana organisasi atau negara melainkan terdapat kawalan yang mencukupi yang telah diterapkan termasuk kawalan keselamatan data anda dan maklumat peribadi yang lain.
Pendedahan Data
Jika Headley Media Technology Division Ltd terlibat dalam penggabungan, perolehan atau penjualan aset, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan. Kami akan memberi notis sebelum Data Peribadi anda dipindahkan dan menjadi tertakluk kepada Dasar Privasi yang berbeza.
Keperluan Undang-undang
Headley Media Technology Division Ltd boleh mendedahkan Data Peribadi anda dengan niat yang baik bahawa tindakan tersebut diperlukan untuk:
- Mematuhi obligasi undang-undang
- Melindungi dan mempertahankan hak atau hak milik Headley Media Technology Division Ltd
- Mencegah atau menyiasat kemungkinan salah laku berhubung Perkhidmatan ini
- Melindungi keselamatan diri pengguna Perkhidmatan ini atau khalayak awam
- Melindungi daripada liabiliti undang-undang
- Keselamatan Data
Keselamatan data anda penting kepada kami, tetapi ingat bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet, atau kaedah penyimpanan elektronik adalah 100% selamat. Sementara itu, kami berusaha untuk menggunakan kaedah yang boleh diterima dari sudut komersial untuk melindungi data anda.
Keselamatan Data
Kami mempunyai amalan perlindungan data yang sangat ketat yang telah dilaksanakan bagi data yang dikendalikan dan diurus dalam perniagaan ini. Selain itu, Keselamatan IT sentiasa menjadi bidang utama yang kami rujuk bagi memastikan data dan sistem dalam keadaan terkawal dan selamat. Kami mempunyai tembok api, perisian antivirus, penyulitan dan peraturan tiada hamparan (spreadsheet) yang ditetapkan pada PC desktop.
Headley Media Technology Division Ltd melaksanakan dasar penyulitan, yang menjadi langkah penting dalam mengurangkan risiko yang terdedah kepada hak subjek data. Kami melaksanakan Penggunaan Nama Samaran (Pseudonymisation), penyulitan dan peminimuman, kesemuanya kaedah yang diiktiraf dalam perlindungan data melalui reka bentuk.
Pengekalan Data
Headley Media Technology Division Ltd akan mengekalkan Data Peribadi hanya selama yang diperlukan bagi tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini. Kami akan mengekalkan dan menggunakan Data Peribadi anda setakat yang diperlukan bagi mematuhi obligasi undang-undang kami (sebagai contoh, jika kami dikehendaki mengekalkan data anda untuk mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa), menyelesaikan pertikaian, dan menguatkuasakan perjanjian dan dasar undang-undang kami.
Headley Media Technology Division Ltd akan turut mengekalkan Data Penggunaan bagi tujuan analisis dalaman. Data Penggunaan amnya dikekalkan untuk tempoh yang lebih singkat, melainkan apabila data ini digunakan untuk mengukuhkan keselamatan atau meningkatkan kefungsian Perkhidmatan kami, atau kami diwajibkan dari segi undang-undang untuk mengekalkan data ini bagi tempoh yang lebih lama.
Hak Perlindungan Data Anda Di Bawah Peraturan Perlindungan Data Am (General Data Protection Regulation, GDPR)
Jika anda penduduk Kawasan Ekonomi Eropah (European Economic Area, EEA), anda mempunyai hak perlindungan data tertentu. Headley Media Technology Division Ltd beriltizam untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk membolehkan anda membetulkan, meminda, memadam, atau mengehadkan penggunaan Data Peribadi anda.
Jika anda ingin dimaklumkan tentang Data Peribadi apa yang kami pegang tentang anda dan jika anda mahu data ini dialih keluar daripada sistem kami, sila hubungi kami.
Dalam keadaan tertentu, anda mempunyai hak perlindungan data yang berikut:
- Hak untuk mengakses, mengemas kini atau memadam maklumat yang kami ada tentang anda. Pada bila-bila masa yang boleh, anda boleh mengakses, mengemas kini atau meminta supaya Data Peribadi anda dipadamkan dalam bahagian tetapan akaun anda. Jika anda tidak dapat melakukan tindakan-tindakan ini dengan sendiri, sila hubungi kami agar kami dapat membantu anda.
- Hak untuk pembetulan. Anda berhak supaya maklumat anda dibetulkan jika maklumat tersebut tidak tepat atau tidak lengkap.
- Hak untuk membantah. Anda berhak untuk membantah pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami.
- Hak pengehadan. Anda berhak untuk meminta supaya kami mengehadkan pemprosesan data peribadi anda.
- Hak kemudahalihan data. Anda berhak untuk diberi satu salinan maklumat yang kami ada tentang anda, dalam format yang tersusun, boleh dibaca mesin dan yang biasa digunakan.
- Hak untuk menarik balik persetujuan. Anda juga berhak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa sekiranya Headley Media Technology Division Ltd bergantung kepada persetujuan anda untuk memproses maklumat peribadi anda.
- Harap maklum bahawa kami mungkin meminta supaya anda mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan seperti ini.
Anda berhak membuat aduan kepada mana-mana Pihak Berkuasa Perlindungan Data tentang pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi anda oleh kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA).
Data Penjejakan & Kuki
Kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan yang serupa untuk menjejak aktiviti pada Perkhidmatan kami dan memegang maklumat tertentu.
Kuki ialah fail yang mengandungi sejumlah kecil data yang mungkin termasuk pengecam unik tanpa nama. Kuki dihantar ke pelayar anda daripada sesebuah laman web dan disimpan pada peranti anda. Teknologi penjejakan yang turut digunakan ialah suar, tag, dan skrip untuk mengumpul dan menjejak maklumat serta untuk menambah baik dan menganalisis Perkhidmatan kami.
Anda boleh mengarahkan pelayar anda supaya menolak semua kuki atau memberi isyarat apabila kuki dihantar. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menerima kuki, anda mungkin tidak dapat menggunakan sesetengah bahagian Perkhidmatan kami.
Contoh Kuki yang kami guna:
- Kuki Sesi. Kami menggunakan Kuki Sesi untuk mengendalikan Perkhidmatan kami.
- Kuki Keutamaan. Kami menggunakan Kuki Keutamaan untuk mengingati keutamaan anda dan pelbagai tetapan.
- Kuki Keselamatan. Kami menggunakan Kuki Keselamatan untuk tujuan kawalan keselamatan.
Bagaimana kami menggunakan data anda
Kami mungkin menggunakan maklumat yang anda kongsi dengan kami dan maklumat yang kami kumpul melalui penggunaan laman-laman kami oleh anda dalam cara yang diterangkan di bawah dan sebagaimana yang diterangkan sewaktu maklumat diambil. Headley Media Technology Division Ltd menggunakan data yang dikumpulkan untuk pelbagai tujuan:
- Untuk menyediakan dan mengekalkan Perkhidmatan kami
- Untuk memaklumkan anda tentang perubahan kepada Perkhidmatan kami
- Untuk membolehkan anda menyertai ciri interaktif dalam Perkhidmatan kami apabila anda memilih untuk berbuat demikian
- Untuk menyediakan sokongan pelanggan
- Untuk mengumpul analisis atau maklumat berharga supaya kami boleh menambah baik Perkhidmatan kami
- Untuk memantau penggunaan Perkhidmatan kami
- Untuk mengesan, mencegah dan menangani isu teknikal
Surat Berita
Kami akan menggunakan butiran yang anda kongsi untuk mengirim kepada anda surat berita harian yang anda telah langgan. Kami akan menyesuaikan tujuan data anda atau menambah kepada mana-mana senarai pemasaran, melainkan anda tidak memberi persetujuan untuk kami berbuat demikian. Kami akan menyediakan cara untuk anda berhenti melanggan pada setiap surat berita yang kami kirim kepada anda.
Analisis Laman Web
Kami mungkin menggunakan Penyedia Perkhidmatan pihak ketiga untuk memantau dan menganalisis penggunaan Perkhidmatan kami.
Google Analytics
Google Analytics ialah perkhidmatan analisis web yang ditawarkan oleh Google yang menjejak dan melaporkan trafik laman web. Google menggunakan data yang dikumpulkan untuk menjejak dan memantau penggunaan Perkhidmatan kami. Data kami dikongsi dengan perkhidmatan Google yang lain. Google boleh menggunakan data yang dikumpulkan untuk mewujudkan konteks dan menyesuaikan iklan rangkaian pengiklanannya sendiri agar menepati peribadi pengguna.
Anda boleh memilih supaya aktiviti anda pada Perkhidmatan ini disisihkan (opt-out) daripada Google Analytics dengan memasang tambahan penyisih Google Anaytics. Tambahan ini mencegah JavaScript Google Anaytics (ga.js, analytics.js, dan dc.js) daripada berkongsi maklumat tentang aktiviti lawatan dengan Google Anaytics
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan privasi Google, sila layari halaman web Privasi & Terma Google: http://www.google.com/intl/en/policies/privacy/
Pemasaran Semula Tingkah Laku
Headley Media Technology Division Ltd menggunakan perkhidmatan pemasaran semula untuk mengiklankan kepada anda dengan meletakkan iklan pada laman web pihak ketiga selepas anda telah melayari Perkhidmatan kami. Kami dan vendor pihak ketiga kami menggunakan kuki untuk memaklumkan, mengoptimumkan dan menyediakan iklan berdasarkan lawatan anda yang terakhir ke Perkhidmatan kami.
Google AdWords
Perkhidmatan pemasaran semula Google AdWords disediakan oleh Google Inc.
Anda boleh memilih untuk menyisihkan Google Analytics untuk Iklan Paparan dan menyesuaikan iklan-iklan Rangkaian Paparan Google dengan melayari halaman Tetapan Google Ads: http://www.google.com/settings/ads
Google turut mengesyorkan pemasangan Tambahan Pelayar Penyisihan Google Analytics - https://tools.google.com/dlpage/gaoptout - untuk pelayar web anda. Tambahan Pelayar Penyisihan Google Analytics memberi keupayaan kepada pelawat untuk mencegah data mereka daripada dikumpulkan dan digunakan oleh Google Analytics.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan privasi Google, sila layari halaman web Privasi & Terma Google: http://www.google.com/intl/en/policies/privacy/
Perkhidmatan pemasaran semula Facebook disediakan oleh Facebook Inc.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang iklan berasaskan internet darpada Facebook dengan melayari halaman ini: https://www.facebook.com/help/164968693837950
Untuk menyisihkan (opt-out) iklan berdasarkan minat Facebook, ikut arahan ini daripada Facebook: https://www.facebook.com/help/568137493302217
Facebook mematuhi Prinsip Peraturan Kendiri untuk Pengiklanan Tingkah Laku Dalam Talian yang ditetapkan oleh Perikatan Pengiklanan Digital. Anda juga boleh memilih untuk menyisihkan Facebook dan syarikat-syarikat lain yang turut serta menerusi Perikatan Pengiklanan Digital di Amerika Syarikat http://www.aboutads.info/choices/, Perikatan Pengiklanan Digital Kanada di Kanada http://youradchoices.ca/ atau Perikatan Pengiklanan Digital Interaktif Eropah di Eropah http://www.youronlinechoices.eu/, atau sisihkan dengan menggunakan tetapan peranti mudah alih anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan privasi Facebook, sila layari Dasar Data Facebook: https://www.facebook.com/privacy/explanation
AdRoll
Perkhidmatan pemasaran semula AdRoll disediakan oleh Semantic Sugar, Inc.
Anda boleh memilih untuk menyisihkan pemasaran semula AdRoll dengan melayari halaman web Keutamaan Pengiklanan AdRoll: http://info.evidon.com/pub_info/573?v=1&nt=1&nw=false
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan privasi AdRoll, sila layari halaman web Dasar Privasi AdRoll: http://www.adroll.com/about/privacy
AppNexus
Perkhidmatan pemasaran semula AppNexus disediakan oleh AppNexus Inc.
Anda boleh memilih untuk menyisihkan pemasaran semula AppNexus dengan melayari halaman web Privasi & Platform AppNexus: http://www.appnexus.com/platform-policy#choices
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan privasi AppNexus, sila layari halaman web Dasar Privasi Platform AppNexus: http://www.appnexus.com/platform-policy/
Perubahan Kepada Dasar Privasi ini
Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi kami dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda tentang apa-apa perubahan dengan menyiarkan Dasar Privasi baharu pada halaman ini.
Kami akan memaklumkan anda melalui e-mel dan/atau menempatkan notis yang menyerlah pada Perkhidmatan kami, sebelum perubahan dikuatkuasakan dan mengemas kini "tarikh kuat kuasa" di bahagian atas DasarPrivasi ini.
Anda dinasihati supaya menyemak Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk melihat apa-apa perubahan. Perubahan kepada Dasar Privasi ini berkuat kuasa apabila ia disiarkan pada halaman ini.
Hubungi Kami
Jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang Dasar Privasi ini, sila hubungi kami:
Melalui e-mel: dataprotection@headleymedia.com
Dengan melayari halaman ini pada laman web kami: https://itcorporate.my/ContactUs
Melalui telefon di nombor: +44 (0) 1932 564999
Melalui pos: Headley Media Technology Division Ltd, Warwick House, 1 Claremont Lane, Esher, Surrey, KT10 9DP